Home » , , » 90% Info Unit Trust Public Mutual 2015 Yang Patut Anda Tahu

90% Info Unit Trust Public Mutual 2015 Yang Patut Anda Tahu

Unit Trust Public Mutual 2015. Di Malaysia, banyak tempat anda boleh melabur.  Salah satunya ialah dengan melabur di dalam unit trust seperti unit trust public Mutual. Kenapa unit trust? Unit trust ni mudah sahaja nak melabur bukan seperti melabur dalam pasaran saham.

Terdapat ramai ejen unit trust ( UTC – Unit Trust Consultant ) yang boleh memberikan bimbingan kepada anda cara melabur yang betul dalam unit trust public mutual. Anda bagi sahaja no telefon, UTC akan menelefon anda kerana itu memang kerja UTC.

Info Unit Trust Yang Anda Patut Tahu


Info unit trust. Sebelum melabur dalam unit trust, anda mesti mengetahu serba sedikit mengenai unit trust ni. Dalam unit trust, konsepnya mudah di mana wang daripada pelabur unit trust akan di kumpul di dalam satu dana dan dana tersebut akan di gunakan untuk membeli saham-saham yang berprestasi tinggi mengikut jenis dana yang di beli oleh pelabur ( anda ).

Dana unit trust ni terbahagi kepada tiga iaitu berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Bagi dana berisiko tinggi, potensi keuntungan dan kerugian juga adalah tinggi. Dana ini biasa menjadi rebutan pelabur unit trust yang masih muda ( umur bawah 40 tahun ).

Cara Melabur Dalam Unit Trust

Cara melabur dalam unit trust senang sahaja jika anda mengunakan khidmat ejen unit trust public mutual untuk melabur. Jika anda nak melabur tanpa ejen, anda kena pergi ke cawangan public mutual yang berdekatan. Lebih senang jika anda melabur melalui ejen unit trust kerana mereka akan menolong anda untuk mengisi boring-borang yang berkaitan.

Anda boleh melabur dalam dua cara:

Guna duit kwsp – jika anda hendak menggunakan  duit kwsp anda, ada pengiraan yang boleh melayakkan anda mengeluarkan sebahagian duit kwsp untuk di laburkan dalam unit trust. Cara ini adalah sah dan tidak menyalahi peraturan. Kos yang di kenakan juga rendah berbanding dengan cara tunai. Anda isi beberapa boring ( biasanya UTC akan tolong isikan, anda hanya tandatangan borang tersebut ) dan juga boring untuk mengarahkan kwsp supaya mengeluarkan sejumlah duit untuk di laburkan dalam unit trust.

Guna duit tunai – secara tunai ini bagus tetapi kos yang di kenakan lebih tinggi jika anda menggunakan wang daripada kwsp. UTC suka pelabur yang menggunakan pelaburan tunai kerana mereka akan mendapat komisen yang lebih tinggi.

Setelah cara pelaburan di tetapkan, anda akan memilih dana mana yang sesuai untuk anda berdasarkan pendapatan, umur dan tahap risiko yang boleh anda ambil. Dalam hal ini, UTC akan memberikan nasihat kepada anda  dana mana yang sesuai ( semestinya dana yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi ).

Di mana Wang Anda Di laburkan


Setelah membeli dana / dana-dana unit trust, kemanakah wang anda akan di laburkan. Wang anda akan di laburkan mengikut dana yang di ambil kerana dana tertentu akan di laburkan untuk membeli saham syarikat tertentu seperti maxis, digi dan petronas.

Tempat wang anda di laburkan adalah mengikut dana yang pelabur beli, sebagai contohnya untuk Public Dana Ittikal ( P Ittikal ):

wang unit trust di laburkan

Keuntungan Unit Trust Public Mutual


Unit trust ni sentiasa untung ke? Tidak juga, ada yang rugi. Melabur unit trust adalah untung jangka masa panjang iaitu lebih daripada 3 tahun. Kalau nak melabur dalam jangka masa pendek, unit trust tak sesuai untuk anda kerana anda tidak boleh Nampak keuntungannya.
Keuntungan bergantung kepada jenis dana juga di mana dana yang berisiko tinggi biasanya akan mendapat  keuntungan yang tinggi dan juga kerugian yang tinggi. Jadi di sini anda kena perhatikan average potensi keuntungan dana ini untuk tahun yang lepas-lepas walaupun keuntungan masa lampau tidak menjamin keuntungan masa hadapan.


Tiada jaminan anda akan untung dalam unit trust. Turun naik harga dana adalah perkara biasa. Pastikan anda melabur dalam  dana yang sesuai dengan anda.


Terima kasih kerana membaca 90% Info Unit Trust Public Mutual 2015 Yang Patut Anda Tahu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen:

  1. Info yang padat. Contoh dana yang dinyatakan iaitu PISEF adalah salah satu dana Islamik yang popular & sangat disyorkan. Good performance.
    .
    Sesiapa yang berminat melabur dalam unit trust sama ada Cash Investment atau dari akaun 1 KWSP, boleh lah hubungi saya (agent).
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Let's save, invest & gain minimum 9%-15% profit per year. "

    BalasPadam