Home » , , , , » Unit Trust Public Mutual - P Ittikal Fund

Unit Trust Public Mutual - P Ittikal Fund

Public Dana Ittikal - P Ittikal. Entry kali ni adalah mengenai Public Dana Ittikal - P Ittikal iaitu salah satu dana dalam unit trust Public Mutual yang popular. Sepopular mana Public Dana Ittikal - P Ittikal ni berbanding dana unit trust public mutual yang lain?

Mari kita kaji sikit info mengenai Public Dana Ittikal - P Ittikal ni, nak tahu kedudukan prestasi semasa P Ittikal ni. Adakah P Ittikal ni betul-betul menguntungkan kalau kita letak pelaburan di dalam dana public mutual ni.




Kalau nak tanya ejen unit trust, mungkin mereka tak bagitahu detail mengenai dana-dana unit trust. Kalau kita sebagai pelabur nak tanya, kena tahu dahulu info mengenai Public Dana Ittikal - P Ittikal ni barulah soalan tu akan datang dalam fikiran kita. Selain itu, dana unit trust Public Mutual yang berpotensi memberi keuntungan lumayan ialah Public Dana Islamic dividend ( PIDF ).

Berapakah Keuntungan Dana P Ittikal Public Mutual


Bab untung ni mesti kena ambil tahu kalau melabur dalam unit trust. OK, saya ambil contoh untuk dana Public Dana Ittikal - P Ittikal. P Ittikal ni di lancarkan pada 1997 dan tahun kewangan berakhir 31 Mei setiap tahun. Jadi pada 31 Mei, anda akan terima penyata kewangan tahunan untuk dana P Ittikal ni yang memberitahu tentang keuntungan yang anda dapat pada tahun tersebut.

Cara menguntungkan pelaburan unit trust

kadar keuntungan dana p ittikal
Ringkasan keuntungan dana P Ittikal
 Untuk 10 tahun, dana P Ittikal Public Mutual ni telah untung sebanyak 144.47% di mana purata untung setiap tahun adalah 9.35%. Lebih tinggi sedikit daripada ASB ni.

untung setipa tahun dana p ittikal
Kadar keuntungan setiap tahun dana P Ittikal
Di atas pula ialah gambarajah keuntungan dana P Ittikal Public Mutual untuk setiap tahun sejak di tubuhkan. Cuba perhatikan, ada yang untung dan ada yang rugi ya. Bukan setiap tahun untung. Keuntungan paling tinggi ialah pada tahun 2007 iaitu sebnayak 46.13%. Banyak ni keuntungan, hampir 50%. Tetapi harus di ingat, purata keuntungan sejak di tubuhkan ialah 9.35% sahaja. Nilai ini yang anda kena ambil kira jika nak melabur dalam Public Dana Ittikal - P Ittikal Public Mutual.

Saham Dana Public Dana Ittikal - P Ittikal Public Mutual


Untuk pengetahuan anda, duit setiap dana Public Mutual ni akan di gunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang berpontensi tinggi. Bagi dana Public Dana Ittikal - P Ittikal ni, duit dana ini di gunakan untuk mendapatkan pegangan dalam syarikat seperti:
  1. Tenaga Nasional Berhad
  2. Axiata Group Berhad
  3. Telekom Malaysia Berhad
  4. Sime Darby Berhad
  5. DigiCom Berhad

di mana dana p ittikal public mutual di laburkan
Lima syarikat utama di mana dana P Ittikal di laburkan.


Public Dana Ittikal - P Ittikal Public Mutual Fund Performance


Fund performance ni akan berubaha setiap masa. Paling sesuai kalau anda ambil kira dalam tempoh min 3 tahun untuk nampak graf tu turun dan naik. Graf akan di banding dengan satu dana sebagai panduan dan perbandingan.

Gambarajh di bawah ini adalah contoh graf fund performance Public Dana Ittikal - P Ittikal untuk setahun sahaja dari 17/2/2015 - 17/2/2015 di mana anda boleh melihat secara kasar turun dan naik keuntungan dana Public Dana Ittikal - P Ittikal ini.

Saya tak suka tengok graf ini kerana tak nampak angka-angka ataupun % keuntungan pada sesuatu masa. Cuma boleh nampak graf yang semakin menaik dan membuktikan bahawa unit trust ni hanya sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang iaitu lebih dari 3 tahun.

Public Dana Ittikal - P Ittikal Public Mutual Fund Performance
Keuntungan P Ittikal dari 17/2/2014 ke 17/2/2015


Jadi, berhati-hatilah melabur di dalam unit trust sama ada CIMB atau Public Mutual. Kena tahu banyak info supaya pelaburan dan adalah berbaloi. Yang penting, ambil perhatian tentang purata keuntungan sejak sesuatu dana di lancarkan.

Jika berminat hendak menambah ilmu dalam public mutual, anda di nasihatkan membaca info pelaburan unit trust supaya anda boleh memaksimun keuntungan dalam pelaburan unit trust.




Terima kasih kerana membaca Unit Trust Public Mutual - P Ittikal Fund. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan